Powered by Blogger.
RSS

JUJUR...

JUJUR.... Satu kata yang sangat bernilai harganya...

Kenapa bila kita bercakap jujur, orang taknak percayakan kita? Adakah bercakap benar itu salah? Adakah itu semua berpunca daripada kesalahan kita sendiri apabila kita bercakap benar walaupun pada hakikatnya kebenaran itu menyakitkan?

Kenapa ini sering terjadi? Mungkin sebelum ini, aku sering bercakap bohong dan aku akuinya.. Tapi, dia tak ada hak untuk terus tidak mempercayai segala kata-kata aku.. Aku sudah berubah.. Aku sudah berumah menjadi seperti yang diinginkannya.. Dengar segala nasihatnya, dan tidak seperti dulu lagi. Tapi kenapa dia tak pernah cuba untuk mempercayai aku? Kenapa tidak ada sedikit pun rasa percayanya untuk aku? Kenapa?

Aku sangat sayangkannnya seperti mana kata-kata yang sering keluar dari mulutnya iaitu dia sangat sayangkan aku. Tapi bagi aku, semua itu tidak bererti jika dia tidak percayakan aku. Sayangnya itu tidak ada gunanya jika dia terus-menerus mencurigai orang yang dia sayang.. Orang yang dia cintai. Hubungan tidak akan kekal lama jika pasangan saling mencurigai.. Bukan aku hendak berlagak, tapi itu adalah hakikatnya. Susah sangat kah kita hendak mempercayai seseorang?

Bagi aku, kepercayaan itu adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan. Tapi jika kepercayaan itu tidak ada dalam diri setiap pasangan, maka tidak ada gunua mereka menjalinkan hubungan cinta. Jika kita sukar untuk mempercayai pasangan kita, cuma imbas kembali segala kenangan manis pahit dan pengorbanan yang telah anda berdua lakukan... Adakah ianya tidak memadai? Adakah kita patut terus curiga? Jika YA, untuk apa? Lakukannya jika anda ingin pasangan anda pergi jauh dari anda.. Tapijika jawapannya TIDAK, ya anda betul. Kita seharusnya percayakan pasangan kita seperti mana kita percayakan diri kita sendiri dan keluarga kita. Jika kita masih tidak boleh melakukannya, ini bermakna, anda juga tidak percaya pada diri anda sendiri bahawa anda tidak boleh membahagiakan si dia.

Bukan sukar untuk berbuat demikian.. Yang kita perlukan adalah keyakinan.. Percaya pada diri sendiri dan juga kepada pasangan kita. Kenapa perlu terus mencurigai pasangan sendiri jika sebenarnya kita tahu bahawa dia tidak bersalah, tapi oleh kerana takut kehilangannya, kita menyalahkan dia. Tapi anda silap. Jika kita berbuat demikian, hubungan yang terjalin tidak akan kekal lama. Aku berani bertaruh, kerana aku juga mengalami situasi seperti itu.

Mungkin, jika kita disakiti untuk beberapa kali, kita masih boleh bertahan tetapi anda semua tidak sedar bahawa luka sedikit demi sedikit itu akan membesar hingga si dia pada akhirnya akan melepaskan semuanya.. Pada saat itu, anda hanya mampu ternganga tanpa kata... Insan yang anda sayangi pergi meninggalkan anda.. Dan KATA-KATA BAHAWA ANDA SAYANG PADANYA, TIDAK ADA GUNANYA LAGI...

Ingat itu semua...

Harapan aku hanyalah, dia boleh berubah. Kesabaranku ada tahapnya. Jika luka semalam bertambah parah, semuanya tidak akan boleh diundur lagi. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk terus disakiti.. Aku memang sayangkannya tapi... Ah... Aku sudah penat... Aku penat dengan semua ini. Aku penat kerana sering bertengkar setiap hari.. Setiap masa dan setiap ketika.. Aku penat.. Jika satu-satunya cara untuk aku pergi dari kesakitan ini adalah dengan pergi meninggalkan anda semua, aku redha.. Aku rela Tuhan ambil nyawaku..

Sekian....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Eiba Issabella said...

Sayang tidak menjamin kebahagiaan jika pasangan tidak saling mempercayai...

Post a Comment

Lau nak komen, jgn alang2 yer?
Komen la smpai puas.
Pnjang smpi ke langit pun xpa kot?
Ahaks
Ciaooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...