Powered by Blogger.
RSS

4 JeNiS JeLinGan..!!!

Pandang2, jeling2...amboi! Fahamkah kamu dengan jelingan si dia atau teman2? Pasti ada maksud yang tersirat. Kenali peribadi sesorang itu hanya dengan jelingan sahaja..jom semak!
  1. MENJELING SAMBIL TERSENYUM MANIS Inilah yang dikatakan mahu tapi malu. Selalunya jelingan ini datangnya daripada seorang wanita. Kalau ada seseorang yang disukainya mengusik, dia akan menjeling tapi bibirnya akan mengukir senyuman. Kalau kamu nampak jelingan ini pada seorang gadis idaman, anggaplah itu satu respon. Tetapi ingat! Bukan semua wanita sama ya.....
  2. MENJELING DENGAN EKOR MATA Dalam diam2, jelingan ini menandakan sesorang itu suka berahsia. Tidak banyak yang mahu diceritakan kepada kamu. Jelingan ini menunjukkan dia tidak menunjukkan secara ketara bahawa dia sedang memerhatikan kamu. Lazimnya, pemilik jelingan ini suka memerhatikan sikap orang, dalam diam dia juga membuat tafsiran.
  3. MENJELING DENGAN MULUT TERKUMAT-KAMIT Hah! Ini tandanya dia marah kamu! Lazimnya pemilik jelingan ini memang suka membebel dan juga lekas terasa. Dia tidak akan menyorok perasaannya, terang2 dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada kamu. Awas! Pemilik jelingan ini juga terdiri daripada mereka yang suka ambil tahu hal orang lain!
  4. MENJELING SAMBIL BERMAIN BIBIR Ini milik si penggoda! Kalau kamutahu, penggoda memang suka bermain mata sabil membasahkan bibirnya. Ia seakan satu `ajakan` kepada kamu untuk datang dekat padanya. Kalau mahu bermain dengan api, apa salahnya kamu mendekatinya....~

Huuhhuuhu~ Ingat.. sentiasa berhati2 dengan semau jenis senyuman... mana lah tau kan?? Ehehheheheheh~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Lau nak komen, jgn alang2 yer?
Komen la smpai puas.
Pnjang smpi ke langit pun xpa kot?
Ahaks
Ciaooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...